Bantu cari pekerja lari

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Said Abdul Hasan (gambar bawah), berusia 28 tahun dengan nombor pasport, C2627941 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong, melalui talian, 4221206 dan talian kecemasan polis, 993, mana-mana balai polis yang berdekatan, laman sesawang, www.police.gov.bn atau instagram @upa.ppdb.