Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu golongan memerlukan darah

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Dalam sama-sama membantu untuk mengumpul bekalan darah bagi mereka yang memerlukan, Persatuan India Brunei, Bandar Seri Begawan hari ini telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Unit Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Kempen derma darah yang bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu disertai oleh lebih 100 orang ahli persatuan berkenaan serta komuniti penduduk India di negara ini.

    Menurut presiden persatuan berkenaan, Dr. Sundrapandi semasa ditemui berkata, kempen derma darah berkenaan merupakan aktiviti tahunan persatuan dalam sama-sama menggalakkan penyertaan para ahli persatuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa dan kepada mereka yang memerlukan darah.

    Jelasnya lagi, setiap tahun lebih 100 pain darah telah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen tersebut dan beliau berharap kempen seumpama ini dapat mendapat sambutan yang sama daripada komuniti persatuan.

    Juga hadir ialah ketua koordinator kempen derma darah bagi persatuan berkenaan, Suresh Borigam.

    Antara ahli Persatuan India Brunei yang menyertai kempen derma darah itu.
    Antara ahli Persatuan India Brunei yang menyertai kempen derma darah itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda