Bantu jana ekonomi

KALUNGU – Padi kehijauan yang terbentang luas subur di kawasan kota Uganda, Kampala menjadi tumpuan utama kepada para petani di kawasan selatan negara itu.

Seluas 3,000 ekar ladang padi yang dimiliki oleh Zhong Industri Ltd, industri persendirian China bercadang akan memperluaskan lagi ladangnya dalam 6,000 ekar di daerah utama Kalungu.

Di ladang tersebut, pekerja-pekerja dari negara timur Afrika sedang sibuk bekerja. Manakala di seksyen penuaian padi, ramai pemuda menghalau beberapa ekor burung yang datang untuk memakan padi tersebut. Sebagai kerja-kerja seharian, mereka bersiul, berteriak dan bertepuk untuk menakutkan burung-burung tersebut.

“Saya telah bangun seawal pukul 6 pagi untuk menghalau burung-burung itu. Kami kumpulan beberapa pemuda yang membuat kerja ini,” Brown Mfitundinda, 24, beritahu Xinhua.

Beberapa ratus meter jauhnya, penuai-penuai padi sedang sibuk dengan traktor yang sedang menuai padi-padi menggunakan kemudahan pemprosesan yang terletak di ladang tersebut. Di sana, terdapat sebuah kawasan kering yang disinari oleh cahaya matahari yang terik, di mana padi-padi itu diratakan di atas lantai simen oleh beberapa orang yang kebanyakannya wanita.

Pakar bijiran China menunjukkan petani-petani cara menanam padi hibrid China yang meluas di Budaka, Uganda. – Xinhua

Selepas itu, padi itu akan dihantar ke kemudahan pemprosesan untuk dikisar sebelum dibungkus ke dalam 50 kilogram beg dengan tulisan beras ‘Zhing Yi’.

Zhong Shuangquan, pengarah Zhong Industri Ltd, mengatakan terdapat lebih dari 1,200 orang pekerja dan lima orang pekerja Cina yang bekerja di ladang ini.

China telah memberi tawaran yang besar untuk kepakaran teknikal, lebih-lebih lagi dalam menyediakan tanah untuk pengusahaan, teknologi, mesin-mesin dan jualan. Menurut Zhong, semua ini dibuat setiap tahun, di mana pada kebiasaannya, ladang ini telah mendapat hasil jualan lebih daripada 40 tan beras dalam sehari.

Zhong menambah syarikat ini merancang untuk menggunakan model yang besar untuk membuka berjuta ekar tanah untuk ladang padi dalam negara ini.

Di Uganda, menanam padi merupakan tempat strategik kerana ia mempunyai potensi untuk menyumbangkan peningkatan pendapatan di luar bandar dan meningkatkan makanan dan keselamatan nutrisi.

Sebahagian beras di negara tersebut telah dieksport ke beberapa kawasan pasar seperti kejiranan Republik Demokratik Congo dan Burundi.

Pakar-pakar menyatakan permintaan beras terus berkembang berikutan peningkatan penduduk yang semakin ramai.

China telah membuat tiga pakatan perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan organisasi pertanian dan pemakanan serta beberapa negara lain. Selama beberapa tahun, mereka telah menghantar pakar-pakar teknikal ke Afrika melalui Program Kerjasama Selatan.

Uganda merupakan sebuah negara yang mengambil manfaat dengan latihan ladang kecil petani ini untuk meningkatkan lagi pengeluaran. Menurut Kementerian Pertanian, pada fasa kedua yang terakhir dalam program 2017, terdapat 3,000 petani telah dilatih dalam menanam bijirin, hortikultur dan ternakan di Uganda.

Ketika projek itu, jututeknik dari China telah mengenalkan beras hibrid China. Kajian rasmi telah menunjukkan beras hibrid boleh menghasilkan sehingga 10 tan per ekar jika dibandingkan dengan beras biasa yang hanya menghasilkan 4.5 tan metrik per ekar.

Petani di timur Uganda, kawasan yang dikenali sebagai penanaman padi, sudah mengambil beras hibrid China yang meningkatkan jumlah keuntungan mereka. Uganda juga telah mendirikan Taman Industri Pertanian Kehong China-Uganda bernilai AS$220 juta. Menurut kerajaan Uganda, taman itu akan menjadi kepentingan untuk mengubah ekonomi negara yang sebahagian besarnya bergantung kepada pertanian. – Xinhua