Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bantu kenal pasti kanak-kanak mangsa dera

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Pendekatan senegara amat diperlukan bukan sahaja antara kementerian dan agensi kerajaan, bahkan institusi-institusi akar umbi, jiran-jiran dan masyarakat untuk sama-sama mengawal berlakunya kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad menekankan perkara tersebut bagi menjawab isu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman khususnya berkaitan langkah menangani kes-kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini semasa berlangsungnya Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), kelmarin.

    Yang Berhormat Dato turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah dapat membantu mengenal pasti lebih awal keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa dera.

    Yang Berhormat Dato, turut menjelaskan kanak-kanak yang dianiaya dalam kes penderaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sememangnya sudah menjadi kelazimannya turut berdaftar di bawah kendalian pihak hospital dan bahagian siasatan jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...