Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan Ariffin

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 36 tahun yang dilaporkan lari dari rumah dan tidak kembali.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kampong Ayer untuk membantu mengenai Mohammad Ariffin bin Kabur (gambar bawah), bujang, berbangsa Melayu, dengan kad pengenalan bernombor 00-294824 (kuning) yang kali terakhir dilihat pada 17 Oktober 2018 dan belum kembali.

    Lelaki berkenaan kali terakhir dilihat memakai baju kemeja-T berwarna merah, memakai seluar sukan berwarna hitam, bertopi haji warna putih dan memakai selipar getah berwarna hitam/biru.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Kampong Ayer di talian 2202114 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda