Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bantu kesan dua pekerja Indonesia lari

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, laporan telah dibuat masing-masing di Balai Polis Bandar Seri Begawan dan Balai Polis Sengkurong untuk mengesan dua pekerja perempuan Indonesia berkenaan.

    Pekerja-pekerja terbabit ialah Dewi Natalia, 34, dengan nombor pasport C8396097, dan Wiwin Winarni, 39, dengan nombor pasport C9306560.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Dewi Natalia, 34 tahun.
    Wiwin Winarni, 39 tahun.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...