Bantu kesan dua pekerja lari

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warga Bangladesh yang lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas mengenai Mohammad Shamim Kazi dengan pasport bernombor BH0123409 dan Kamrul Hoshen Hossain dengan pasport BN0264285 yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat me-ngenai kedua-dua lelaki berkenaan sila hubungan Balai Polis Berakas di talian 2330410 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Kamrul Hoshen Hossain.
Mohammad Shamim Kazi.