Bantu kesan dua pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai dua orang pekerja syarikat binaan warganegara Bangladesh iaitu Abu Seddek berusia 33 tahun dengan nombor pasport, BW0904512 serta Sohel Khan berusia 24 tahun dengan nombor pasport, BN0626264 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua orang lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2770140 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Abu Seddek dan Sohel Khan