Bantu kesan dua pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai seorang lelaki warganegara Indonesia, Agus Sudaryanto berusia 38 tahun dengan nombor pasport C 2409895 dan seorang lelaki warganegara India, Balwinder Singh berusia 33 tahun dengan nombor pasport, S 7288464 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Agus Sudaryanto (kiri), Balwinder Singh.