Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bantu kesan dua pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, dua laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong dan Balai Polis Muara untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Nazmul yang berusia 43 tahun de-ngan nombor pasport, BX0467534 dan Azizul Rabi Ullah yang berusia 32 tahun dengan nombor pasport BR109518.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, Balai Polis Muara melalui talian 2770140, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Azizul Rabi Ullah (kiri); Nazmul (kanan)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...