BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua lelaki penduduk tetap yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat untuk mengesan dua orang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Mohammad Abdul Hadi bin Abdullah dengan nombor kad pengenalan, 31-106026 (ungu); dan Yusof bin Mohd Salleh dengan nombor kad pengenalan, 30-207508 (ungu).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan, mereka boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 241/333, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.