BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga tempatan berstatus isteri yang dilaporkan keluar dari rumah dan sehingga kini belum lagi pulang.
Wanita berkenaan ialah Ratnawaty binti Haji Ali Yusof @Haji Tali, 34, memegang kad pengenalan bernombor 00-294325 (K) yang mana alamat terakhir beliau adalah di No. 15 Simpang 74-59-108-37-6-5, STKRJ Rakyat Jati Katok ‘B’, Kampung Mata-Mata Gadong.
PDB dalam kenyataan menyatakan bahawa laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan bolahlah menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334 atau hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.