Bantu kesan isteri keluar rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang isteri yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan mengenai Pengiran Norazain binti Pengiran Haji Suleiman berusia 53 tahun yang mempunyai kad pengenalan berwarna kuning dengan nombor 00-113077 telah dibuat di Balai Polis Muara.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian 2772333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Pengiran Norazain keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.