Bantu kesan perempuan keluar rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang perempuan yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai Siti Maimunah binti Mohamad, 26, yang memegang kad pengenalan bernombor 01-064472 (kuning).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila hubungi Balai Polis Muara di talian 2772333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Siti Maimunah yang dipercayai melarikan diri. – Gambar serahan PPDB