Bantu kesan isteri lari dari rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang isteri yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Panaga mengenai wanita Melayu warga tempatan, Rosyanti binti Bayan (gambar bawah) berumur 40 tahun yang memegang kad pengenalan berwarna kuning, 00-281479.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya bolehlah menghubungi Balai Polis Panaga melalui talian 3227984, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.