Bantu kesan lelaki dikehendaki

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warganegara asing yang dikehendaki berikutan satu laporan yang dibuat di Balai Polis Tutong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, lelaki yang dikehendaki itu ialah Ismunandar (gambar bawah), warga Indonesia berusia 38 tahun dengan kad pengenalan bernombor 51-271599 (Hijau).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki yang dikehendaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong melalui talian 4221206, talian kecemasan 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.