Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Bantu kesan lelaki dikehendaki, pekerja lari

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

    Lelaki berkenaan ialah Mohd Irwan bin Abdullah, 27, dengan kad pengenalan pintar bernombor 01-135067.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2459500 sambungan 490 dan 333 atau talian kecemasan 993.

    Dalam kenyataan berasingan, PPDB memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.

    Menurut PPDB, laporan mengenai pekerja wanita Indonesia iaitu Enok, 39, dengan nombor pasport C38503481 telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit boleh menghubungi Balai Polis BSB di talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

    Mohd Irwan dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan.
    Enok yang dipercayai lari daripada majikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...