Bantu kesan lelaki keluar rumah

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan keluar dari rumah.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai Mohd Azry bin Haji Mohd Dinainah (gambar bawah), berusia 32 tahun dengan nombor kad pengenalan 00-304978, yang dilaporkan keluar dari rumah dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian 2772333 atau talian kecemasan 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.