Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Bantu kesan mereka

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja perempuan warga Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan daripada PPDB, laporan mengenai Baidah, 49, dengan pasport B9564715, telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan, manakala itu, laporan mengenai Faridah, 41, dengan memegang pasport C4061502 dan Nurhasanah, 36, dengan pasport E0391351 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan-perempuan berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334, Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Faridah.
Baidah.
Nurhasanah.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -