BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja perempuan warga asing yang lari daripada majikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas mengenai pekerja perempuan warga Indonesia, Nurohmah yang memegang pasport bernombor B8589477 yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas melalui talian 2335333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
