Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Sumon Late Pyer Ali (gambar) dengan nombor kad pengenalan, 51-285505 (hijau) telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, Daerah Polis Brunei dan Muara.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB dan bagi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.