Sunday, March 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong mengenai seorang pekerja lelaki warganegara India iaitu Selvarasu yang berusia 40 tahun dengan pasport bernombor Z5656675 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong, melalui talian 4221206 atau talian kecemasan polis 993, mana-mana balai-balai polis yang berdekatan, laman sesawang www.police.gov.bn atau Instagram @upa.ppdb.

    Selvarasu yang dilaporkan lari daripada majikan. – Gambar serahan PDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda