BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja perempuan warga Indonesia yang lari daripada majikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan mengenai Ana Sri Rahayu berumur 28 tahun yang memegang pasport bernombor AU666127, yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan beoleh menghubungi Balai Polis Pusat BSB melalui talian 2242334 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
