Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas mengenai seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Supenti binti Supanda Kosim (gambar bawah) berusia 44 tahun dengan nombor pasport, C1506309 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas melalui talian 2335333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.