Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, kelmarin, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohammod Bashar Mia (gambar bawah) berusia 33 tahun dengan kad pengenalan 51-433107 (hijau) dan pasport BQ 0815505 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Sengkurong melalui talian 2661334 atau talian kecemasan polis 933, mana-mana balai polis yang berdekatan.