Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai dengan seorang pekerja asing lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Shalim dengan no pasport, BH0337068, yang lari daripada majikan dan kali terakhir dilihat pada 20 November 2017.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara di talian, 2770141 dan talian kecemasan polis, 933 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.
Mereka yang ingin untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu boleh melayari laman sesawang Pasukan Polis Diraja Brunei, www.police.gov.bn.
