Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Limau Manis mengenai seorang pekerja warganegara Bangladesh iaitu Zasim Uddim berusia 35 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-278244 (Hijau) yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Limau Manis di talian 2683037, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Zasim Uddim. – Gambar serahan PPDB