Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat BSB mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Monsur Alam (gambar bawah) berusia 30 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-404596 (Hijau) yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat BSB melalui talian 2242334 atau talian kecemasan 993, mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.