Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai Loreto Galarido Musong, lelaki warga Filipina berusia 49 tahun dengan nombor pasport, P 2685562A, telah dibuat di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Loreto Galarido Musong