Bantu kesan pekerja lari

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Vietnam iaitu Pham Khac Xuan (gambar) yang berusia 36 tahun dengan nombor pasport B9219220.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.