Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohammad Akter Hossain (gambar), 31, dengan nombor kad pengenalan, 00-413193 (Hijau).

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang, www.police.gov.bn dan bagi yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.