Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohammad Belal (gambar) yang berusia 43 tahun dengan nombor pasport, BY0058981, yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang, www.police.gov.bn dan bagi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2242334, talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.