Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohd Shakil Miah yang berusia 26 tahun dengan nombor pasport BM0298956 dan Miah Hridoy yang berusia 28 tahun dengan nombor pasport, EH0813391 serta seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia, Rohana yang berusia 30 tahun dengan nombor pasport, AU539742.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Rohana
    Mohd Shakil Miah
    Miah Hridoy

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...