Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas mengenai seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia, iaitu Ania Safitri yang berusia 23 tahun, dengan nombor pasport C7200512 dan satu lagi laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan mengenai pekerja lelaki warganegara Indonesia, iaitu Dian Mardiansah yang berusia 26 tahun, dengan nombor pasport C7681309.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki serta perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas melalui talian 2330410, Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Dari kiri: Dian Mardiansah dan Anis Safitri.