Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Ine Erfiana (gambar) yang berusia 28 tahun dengan nombor pasport C7928134, telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.