Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut PPDB, laporan mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Sekender Ali (gambar) yang berusia 38 tahun dengan nombor pasport EF0927260 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...