Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang, untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Robi Yoga Santosa (gambar), 28, dengan nombor pasport C7203617.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh meng-hubungi Balai Polis Sungai Liang melalui talian 3230250, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...