Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja perempuan warga asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga kini belum balik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, laporan mengenai Ratih Purnama Sari berusia 19 tahun dengan nombor pasport AU643353 telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan diminta menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.
