Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga kini belum kembali.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei Muara mengenai seorang warganegara Indonesia, Eka Rahmawati binti Ishaka, 25 tahun, dengan pasport bernombor AU 156626 yang dipercayai lari daripada majikan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei Muara di talian 2335333 ataupun dengan mengunjungi mana-mana balai polis berdekatan.
Mereka yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai perkara itu bolehlah melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn.