Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Widyaskoro Wibowo yang berusia 33 tahun dengan nombor pasport, E54076305, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas di talian, 2330410 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.