Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing iaitu seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia, Suningsih yang berusia 44 tahun dengan nombor pasport, C7914360 serta seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh, Shohab Shaikh yang berusia 23 tahun dengan nombor pasport, BW0789812.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Shohab Shaikh
    Suningsih

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...