Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan Indana Parhiati, berusia 29 tahun dengan nombor pasport, C8467992, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian,4221206 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
