Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum ditemui.

Menurut kenyataan PPDB, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan mengenai dengan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Kasturi berusia,
33 tahun dengan nombor pasport, B 7658790 yang dilaporkan lari daripada majikan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat melalui talian 2242334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

Kasturi berusia, 33 tahun. – Gambar serahan PPDB