Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai dengan tiga orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohd Abdullah berusia 25 tahun dengan nombor pasport, BX0167968, Mohammad Nasir Uddin berusia 36 tahun dengan nombor pasport, BW0214781 dan Mohd Shohidul Islam berusia 28 tahun dengan nombor pasport, EA0066337. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya boleh menghubungi Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian, 2770142 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

Mohammad Nasir Uddin
Mohd Shohidul Islam
Mohd Abdullah