Bantu kesan perempuan keluar rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang perempuan berbangsa Melayu yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan mengenai Radiahtul Nur Adnina binti Jaafar berusia 37 tahun dengan kad pengenalan 00-293999 (kuning) telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan di talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Radiahtul Nur Adnina. – Gambar serahan PPDB