Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Bantu kesan remaja hilang, pekerja asing lari

-

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warga tempatan yang dalam pencarian.

PPDB menyatakan, laporan mengenai Wirliyana binti Ali yang berusia 18 tahun dengan nombor kad pintar 01-139656 telah dibuat di Balai Polis Muara.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian 2770140, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam kenyataan berasingan, PPDB turut memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dipercayai lari daripada majikan.

Laporan mengenai pekerja warganegara Indonesia, Ceng Harun berusia 24 tahun dengan nombor pasport C9764335 dan Ade Kusnan berusia 28 tahun dengan nombor pasport C8475882, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan kedua-dua orang pekerja warga asing berkenaan, boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Wirliyana binti Ali.
Ceng Harun.
Ade Kusnan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -