Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan yang dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Kampong Ayer, mengenai seorang remaja perempuan warganegara Brunei iaitu Nur Izzati binti Haji Abdul Lamit (gambar) yang berusia 17 tahun dengan nombor kad pengenalan, 01-119963, yang hilang dipercayai melarikan diri.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa remaja itu kali terakhir dilihat memakai pakaian baju kolar berwarna putih dan hitam, berseluar sukan serta bertudung warna hitam.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat di talian, 2242334 dan talian kecemasan, 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.