Bantu kesan remaja keluar rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang keluar dari rumah dan sehingga kini belum balik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, laporan telah dibuat di Balai Polis Panaga mengenai Muhammad Nur Rizwan bin Mohammad Nursaifulrizal (gambar bawah) yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 01-143571 yang keluar dari rumah. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan diminta menghubungi Balai Polis Panaga di talian 3222955 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.