Oleh Nurdiyanah R.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan mengenai dua orang pekerja perempuan warganegara Indonesia, iaitu Eni Julaeni berusia 27 tahun, dengan nombor pasport C7681061 dan Ulfatun Nisak berusia 44 tahun, dengan nombor pasport C4049995 serta seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh, Abuzhar Khan berusia 45 tahun, dengan nombor pasport P4960890 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai ketiga-tiga pekerja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.