Bantu kesan wanita keluar rumah

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang wanita tempatan berusia 51 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang, Daerah Polis Belait untuk membantu mengesan seorang wanita yang berusia 51 tahun, Noraisah binti Muhammad (gambar) yang mempunyai kad pengenalan, 00-120208 (kuning).

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sungai Liang, Daerah Polis Belait di talian 3230459, talian kecemasan 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.